Iklan Ini dikuasakan oleh Segar dari Ladang..

Post terbaru dari rakan-rakan guablog.com

Sunday 26 February 2012

Tips dan Panduan Kerjaya Selepas SPM 2011!


Tips dan Panduan Kerjaya Selepas SPM 2011!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM 2011 khususnya. Tips dan maklumat  berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.

Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah.  Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.

Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad. Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda. Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM 2011 nanti.

Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan. Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik, minat dan komitmen anda. Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan.

Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.

Namun begitu,komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda.  Jika anda mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta cara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat. Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utama kepada diri anda sendiri.

Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana hampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian.


Jika anda memilih untuk ke institusi swasta, bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal, makanan, buku dan kegiatan lain harus juga diambil kira.

Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan SPM 2011. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan maklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!

Ingin mendapatkan buku Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2011/2012 yang terkini dan bantuan KHAS dari Cikgu Loh mengenai kerjaya?

Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com .

Ianya dapat membantu anda dalam menggapai kejayaan selepas SPM seterusnya.Insyallah..




Klik like kalau korang suka cerita nie

Panduan Pemilihan Dan Hala Tuju Kerjaya Lepasan SPM 2011


Panduan Pemilihan Dan Hala Tuju Kerjaya Lepasan SPM 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remaja lepasan SPM 2011 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri  ke pengajian yang lebih tinggi nanti.

Keputusan peperiksaan SPM 2011 akan keluar tidak lama lagi. Mesti para pelajar lepasan SPM 2011 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2011 nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi apakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM 2011 nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan diri mereka dengan maklumat-maklumat terkini dan motivasi mengenai peluang kerjaya.

Mereka juga mesti tertanya-tanya bagaimana nak memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedur permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan  apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursus pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka utamanya pelajar lepasan SPM dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM 2011 kelak.




PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Setelah menerima keputusan SPM 2011 nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Hal ini akan  memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif utama  kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursus yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar khasnya ibu bapa. Restu itu penting untuk para pelajar kerana mereka akan sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup.

Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus, risalah, majalah, buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI serta sumber-sumber yang lain.

Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang ingin diikuti? Adakah ia kejuruteraan, sains kesihatan,perubatan, perakaunan, ekonomi, pendidikan atau sebagainya? Secara umumnya jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu.

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet serta buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.
Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti.

Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM 2011 khususnya, aspek ini perlu diberikan penekanan dahulu iaitu mengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.

MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA
Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.

Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yang terdapat, tetapi saya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya.

Keputusan SPM 2011 bakal keluar dan kita akan berjumpa lagi untuk bertanya mengenai keputusan SPM pelajar-pelajar kita nanti.

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?

Dapatkan rujukannya di -->www.LepasanSPM.com . 

Buku ini saya hasilkan khas untuk membantu belia dan beliawanis negara, ibu bapa serta semua guru di luar sana!
Klik like kalau korang suka cerita nie

Thursday 23 February 2012

10 Cara Berjaya Seperti Rakyat Jepun.


10 Cara Berjaya Seperti Rakyat Jepun.


Kita tidak perlu malu meniru bangsa lain, jikalau kita semak bersama point-point di bawah sebenarnya dalam diri bangsa sudah ada pada kita hanya pada sekarang ini tanpa kita sedari sedang tenggelam oleh keangkuhan dan dihanyutkan dengan budaya kebendaan. MALAHAN HAMPIR SEMUA AMALAN INI ADALAH AKHLAK YANG PERLU DI MILIKI OLEH ORANG iSLAM

Berikut 10 resepi maju yang patut kita contohi dari tingkahlaku orang Jepun, dan 10 point yang sudah hilang dari bangsa kita ini;

1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja yang rajin. Secara purata jam kerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja Jepun boleh dikatakan boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang. Pulang cepat adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak memalukan” di Jepun, dan menandakan bahawa pegawai tersebut termasuk “yang tidak diperlukan” oleh perniagaan. Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena Karoshi (mati kerana kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebagian besar orang lama Jepun menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh tercapai.

2. MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai, iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran. Masuk ke dunia moden, wacananya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para pejabat (menteri, politikus, dsb) yang terlibat masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Kesan negatifnya mungkin adalah pelajar yang kadang-kala membunuh diri, kerana keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak naik kelas. Kerana malu jugalah, orang Jepun lebih suka beratur daripada memotong barisan semasa beratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian ticket, masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, menaiki bas, bahkan untuk menggunakan tandas awam. Mereka beratur rapi menunggu giliran. Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.

3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam keseharian. Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan orang Jepun ramai belanja di supermarket pada sekitar jam 19:30. Ini kerana sudah menjadi perkara yang biasa bahawa supermarket di Jepun akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup. Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-rata tutup pada pukul 20:00. Contoh lain adalah para suri rumah rela menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas. Ruangan pemanas di rumah Jepun pun menggunakan minyak tanah yang berbau, padahal sudah cukup dengan Aircond yang ada mode dingin dan panas. Alasannya ternyata satu, minyak tanah lebih murah daripada elektrik. Professor Jepun juga terbiasa menaiki basikal tua ke kampus, bersaing dengan mahasiswa-mahasiswanya.

4. SETIA
Setia membuat sistem karier di sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeda dengan sistem di Amerika dan Eropa, sangat jarang orang Jepun yang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen. Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri sesuai dengan bidang (core business) perusahaan. Bandar Hofu mungkin sebuah contoh yang nyata. Hofu dulunya adalah bandar industri yang ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat. Kesetiaan penduduk untuk tetap bertahan (tidak pergi ke luar bandar) dan punya komitmen bersama untuk bekerja keras siang dan malam akhirnya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kendaraan mencapai 160,000 setahun.

5. INOVASI
Jepun bukan bangsa pembuatan, tapi orang Jepun mempunyai kelebihan dalam mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat. Menarik membaca kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman. Cassete Tape tidak ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Phillip Electronics. Tapi yang berhasil mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah produk yang meletup selama puluhan tahun adalah Akio Morita, founder dan CEO Sony pada masa itu. Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model walkman lahir dan jumlah total produksi mencapai 150 juta produk. Teknik kendaraan roda empat juga bukan diciptakan orang Jepun, patennya dimiliki orang Amerika. Tapi ternyata Jepun dengan inovasinya dapat mengembangkan industri kendaraan yang lebih cepat dan murah. Kereta yang dihasilkan juga relatif lebih murah, ringan, mudah dipandu, mudah dibaiki dan lebih jimat bahan bakar. Perusahaan Matsushita Electric yang dulu terkenal dengan sebutan “maneshita” (peniru) punya legenda sendiri dengan mesin pembuat rotinya. Inovasi dan idea dari seorang engineernya bernama Ikuko Tanaka yang berinisiatif untuk meniru teknik pembuatan roti dari cheef di Osaka International Hotel, menghasilkan karya mesin pembuat roti (home bakery) berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.

6. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi. Ketika pemulihan Meiji (meiji ishin) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis. Dalam beberapa tahun berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga keretapi laju (shinkansen) . Mungkin cukup menakjubkan bagaimana Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan hampir tersingkir dari perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi empayar ampuh terkini. Akio Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk Cassete Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi legenda dengan dengan Sony Walkmannya. Yang Cukup unik bahawa ilmu dan teori dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama shippaigaku (ilmu kegagalan).

7. BUDAYA BACA
Jangan terperanjat kalau anda datang ke Jepun dan masuk ke densha (kereta elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku atau surat khabar. Tidak peduli duduk atau berdiri, ramai yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca. Ramai penerbit yang mula membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah. Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin tinggi. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses penerjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).

8. KERJASAMA
Budaya di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik.
Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan. Kerja dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.

9. BERDIKARI
Sejak usia kecil, anak-anak dilatih untuk berdikari.Di Jepun setiap kanak-kanak dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggung jawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej hampir sebagian besar tidak meminta belanja daripada ibu bapa mereka. Mereka membuat kerja part time untuk belanja sekolah dan kehidupan sehari-hari. Kalaupun kehabisan wang, mereka “meminjam” wang kepada ibu bapa mereka yang nantinya mereka memulangkan di bulan berikutnya.

10. JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai sekarang. Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang Jepang.Sehingga zaman sekarang orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” untuk apabila mendapat tawaran dari orang lain. Pertanian merupakan tradisi dan aset penting di Jepun. Persaingan keras kerana adanya beras Thailand dan Amerika yang murah, tidak menyurutkan langkah pemerintah Jepang untuk melindungi para petaninya.
Mungkin seperti di atas 10 resepi berjaya yang dapat dirangkumkan. Bangsa Melayu mempunyai hampir semua resepi orang Jepun diatas, hanya mungkin kita belum mengasahnya dengan baik.
Kita yakin ada faktor “kesilapan teknik” yang membuatkan kita agak ketinggalan dalam teknologi dan ekonomi. Mari kita bersama mencari solusi untuk pelbagai masalah dewasa ini. Kita juga harus tetap mahu belajar dan menerima kebaikan dari siapapun, yang baik kita ikut tapi yang buruk kita hindari
Klik like kalau korang suka cerita nie

Awek tentera yang tabah, Memang real..huhu






Apew macam tabahkan awek2 nie,nampak jew comel tapi jangan cuba-cuba..bahaya beb!!
fuhh..apa pun yang aku paling kesian sekali kat atas tue gambar pertama.Kena hempuk kepala dengan botol kaca tue, memang kalau kena benjol kepala otak nie..kalau aku..haha.kompom aku tumbang beb!!..

Apa pun memang kow2 giler..

Klik like kalau korang suka cerita nie

Thursday 9 February 2012

Lirik Aku Tak Berdaya – Indah Dewi Pertiwi | OST Anugerah

Assalamualaikum dan Hye2..

Sapa tengok Sinetron Anugerah tv9(channel tv MALAYSIA), apa pendapat korang best tak??..  (:

Untuk pengetahuan korang aku tak tengok pun cerita nie tapi yang membuatkan aku jatuh hati adalah lagu Opening cerita nie (Aku tak berdaya OST Anugerah) .

Fuhh, aku tak tipu memang sampai kew hati..Aku terbawa- bawa lagu nie dalam mimpi
punya power penangan lagu nie beb!!(Over lah sangaT ko nie!!) memandangkan aku suka lagu nie  tuelah sebab aku nak publish lagu nie kat belog aku yang comel nie!..hak3..
comel lah sangat..

Jom tanpa membuang masa mari kita layan lagu nie, mmg erMM berRR menyusuk kalbu beb!!Aduh sakit aku dibuat nyer..haha



Lirik Lagu Indah Dewi Pertiwi – Aku Tak Berdaya (Lagu Tema Anugerah)

Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi

Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu

Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu

Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta



Klik like kalau korang suka cerita nie

Wednesday 8 February 2012

Tutorial lajukan PC yang lembab

Assalamualaikum dan Hye kawan2 semua..



Macam mana PC korang?? lembab tak?? kalau lembab, aku ada teknik nak dikongsikan dengan korang semua..
Mungkin ada dah yang tahu kot tapi takpew buat mereka yang tak tahu boleh try test yer...

OK tanpa buang masa  jom kita start ..Sedia yer..hehehe (:

Pertama apa yang korang perlu buat adalah korang click 'START' button kemudian click 'run'
lepas tu, taip regedit

tekan enter

dy akan buka REGISTERY EDITOR..
lepas tuw korang cari key ni.

HKEY_LOCAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Contr ol\ContentIndex


Kemudia kat situ, cari key yang namanyer "Startup Delay"
Lepas tue klik 2 kali kat situ...now where its base...
CLICK DECIMAL...
sekarang... default value ialah 4800000 tukar value ke 40000....

done!!

CLOSE the registery editor
then RESTART

SELAMAT MENCUBA YER!! (:

Credit yang mengajar aku: http://thermistorjalanan.blogspot.com




Klik like kalau korang suka cerita nie

Di mana bendera anda

free counters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews