Iklan Ini dikuasakan oleh Segar dari Ladang..

Post terbaru dari rakan-rakan guablog.com

Friday, 25 May 2012

Doa Seorang Sang Suami


Doa Seorang Suami

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan-Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku d ititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untukku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi suami yang Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang soleh
Suami yang sentiasa di hati isteri
Amin, amin Ya Rabbal Allamin



Klik like kalau korang suka cerita nie

Tips Memilih Calon Isteri


Tips Memilih Calon Isteri



Apakah kriteria utama dalam pemilihan calon isteri? Pemilihan ini perlulah berlandaskan agama, bukan nafsu semata-mata. Jom ketahui ciri utama dalam mencari calon isteri.


Bagaimana Memilih Calon Isteri | Pemilihan calon isteri amat begitu penting sekali. Ramai juga tidak mengetahui bahawa, proses mendidik anak sebenarnya adalah bermula dari pencarian pasangan lagi. Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya,isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsiadan menjaga maruah suami dan sebagainya. Oleh itu, terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak. Antaranya :



1. Perempuan yang taat beragama. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup auratdan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”



2. Berketurunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam persekitaran sempurna akhlaknya Penting dalam membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami isteri.



3. Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak Nabi Muhammad S.A.W akan berbangga dengan ramai umatnya pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa. Justeru itu, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.



4. Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah akal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita. Namun apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.



5. Masih gadis atau anak dara. Rasullullah S.A.W. menggalakkan umat islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda S.A.W. kepada seorang sahabat Jabir R.A. kemersaraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.



6. Pasangan bukan daripada keluarga terdekat. Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu. Antaranya ialah untuk mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.



p/s:- Pemilihan calon isteri perlulah diteliti dengan sehalus-halusnya. Bukan terlalu cerewet, tetapi inginkan yang terbaik. Bukan tidak boleh menerima kekurangan, tetapi ingin berusaha bersama menutup kekurangan itu. Selamat mencari calon isteri 



sumber: melayukini
Klik like kalau korang suka cerita nie

Monday, 21 May 2012

Pehh, anu kena letrik meletup macam mercun ..





P.s: Nampakan meletup, aku yg tukang tengok nie pun berasa ngilu2..huu~



Klik like kalau korang suka cerita nie

Di mana bendera anda

free counters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews