Assalamualaikum dan Hye semua.
Dah penah tengok cengkerik besar gedabak? Mula-mula tengok pun memang terkejut giler, tak sangka yer ada benda macam nie.Bila di fikirkan semula banyak benda kita tak tahu. Apa pun macam aku cakap tadi, jom kita tengok cengkerik tue..Sure korang terkejut beruk..haha
Memperkenalkan Giant Weta. Apakah itu Giant Weta?
Sebenarnya, ia adalah serangga yang menyerupai cengkerik yang sangat besar yang juga merupakan serangga terbesar di dunia. Ia seberat tiga ekor tikus dan lebih besar dari beberapa jenis burung.
Panjang sayap serangga itu 7 inci tetapi lihatlah serangga itu di atas tangan manusia, ia seperti makhluk asing.
Mujurlah, Giant Weta hanya boleh dijumpai di Pulau Little Barrier di New Zealand.
Pulau itu sebenarnya membantu Giant Weta menjadi sangat besar kerana di situ tidak ada banyak pemangsa dalam habitatnya.
Giant Weta itu ialah yang terbesar pernah ditangkap gambar dan dijumpai oleh pengembara bernama Mark Moffett.
Mark memberanikan diri memegang Giant Weta berkenaan dan memberikannya makan lobak.
sumber: mynewshub.my dan amekaw.com
0 comments:
Post a Comment