Iklan Ini dikuasakan oleh Segar dari Ladang..

Post terbaru dari rakan-rakan guablog.com

Friday, 17 August 2012

[Panas] Puaskan Isteri | Rahsia puaskan isteri diranjang terbongkar


Jom kita tonton tips di bawah macam mana nak puaskan isteri..AMARAN tip nie untuk orang dah kawen jew ok yang tak kawen jangan nak mengada-ngada nak test tip kat bawah nie...kang,aku ketuk kepala dia baru tau,Jangan nak tambah lagi bilangan  baby yang kena buang..








Klik like kalau korang suka cerita nie

5 Posisi Tidur yang disukai Suami







Seperti yang dikutip dari Your Tango, posisi tubuh badan  saat tidur dapat menaikan perasaan seseorang terhadap pasangannya. Posisi tidur tertentu juga dapat membangkitkan gairah seksual. Berikut ini lima posisi tidur wanita yang disukai oleh lelaki.


1. Eye See You
Pada posisi 'eye see you' ini, Anda dan pasangan tidur sambil berhadapan. Posisi ini memungkinkan Anda untuk menyentuh semua tubuh pasangan, mulai dari kaki, lutut, dada dan wajahnya. Posisi ini disukai lelaki karena dapat dengan mudah memperhatikan Anda dan memastikan bahwa isterinya tidur dengan lena.

2. Cuddly-Wuddly
Pada posisi 'cuddly-wuddly', pasangan tidur terlentang dan kepala Anda berada pada dada atau bahunya. Posisi berpelukan ini membuat pasangan dapat menempatkan tangannya di sekitar Anda dengan cara protektif. Kedekatan tersebut seringkali membuat pasangan bergairah dan Anda pun merasa 'terlindungi' dalam pelukannya.

3. Forward Bear
Anda berdua tidur menyamping dan pasangan memeluk tubuh dari belakang. Posisi ini sangat menggairahkan karena hampir mirip dengan posisi bercinta 'spooning'. Posisi spooning membuat wanita merasa istimewa karena saat pasangan memeluk dari belakang, Anda merasa terlindungi dan dicintai. Tak hanya itu, dengan posisi ini,lelaki atau suami boleh menjadi lebih bebas menyentuh seluruh tubuh Anda.

4. Pillow Fluffy
Posisi ini merupakan kebalikan dari posisi 'Cuddly-Wuddly'. Pada posisi ini Anda tidur terlentang dan kepala pasangan berada pada bahu atau dada Anda. Lelaki atau pasangan sangat menyukai posisi tidur ini, karena merasa bahwa tubuh Anda jauh lebih sedap ketimbang bantal mana pun.

5. All Those Bright Lights
Pada posisi ini Anda berdua hampir membentuk huruf 'T' di tempat tidur. Kepala Anda berada pada perutnya, sehingga membuat pasangan leluasa untuk membelai rambut dan wajah Anda. Posisi ini juga membuat pasangan berfantasi nakal mengenai oral seks.


Klik like kalau korang suka cerita nie

Sunday, 12 August 2012

KESILAPAN KETIKA BERJIMAK




Antara beberapa kesilapan yang biasa orang lakukan ketika bermesra dengan isteri mereka.

1. Tidak bercumbu terlebih dahulu

Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.

 2. Meniup Telinga Dengan Terlampau

Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.

 3. Tidak Bercukur

Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri landak oleh isterinya,apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk duri landak.

 4. Memicit Payudara

Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.

 5. Mengigit Puting Payudara

Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.

 6. Jangan Cari Stesen Radio

Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan menyakitkannya. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh payudara.

 7. Elakkan dari Terus Mengebom

Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi mengebom tiga anggota saja.

 8. Gelojoh Sangat

Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru dan gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.

 9. Bukan Tong Sampah

 Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami.

 10. Jangan jadi Sharpshooter

 Isteri bukan untuk diserang secara ‘direct’, yang patut dilakukan ialah mengurut-urut dengan jari di sepanjang tepinya saja.

 11. Mana Ada Tea Time

Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta’ (foreplay), tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak.Teruskan rangsangan anda.

 12. Jangan Jadi Incredible Hulk

 Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membuka hadiah yang bernilai.

Klik like kalau korang suka cerita nie

Hukum suami pancut luar semasa jimak


Hukum suami pancut luar semasa jimak



Soalan :

Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi anak?.

Jawapan:

Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang terkenal Jabir bin ‘Abd Allah:

ÙƒُÙ†َّا Ù†َعْزِÙ„ُ عَÙ„َÙ‰ عَÙ‡ْدِ النَّبِÙŠِّ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ ÙˆَالْÙ‚ُرْآنُ ÙŠَÙ†ْزِÙ„ُ

“Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksud Jabir mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran. Maka dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan. Sama dalam hal ini pil perancang untuk mengelakkan mengandung. Namun oleh kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini.

Di samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang yang cuba melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini mungkin kerana dia tidak dapat mengawal pancutan air mani sebelum dia mencabutnya.

Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (climax), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri. Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri.

Demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata:

“Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya. Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr).

Di samping perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan kerana ianya menyamai perbuatan musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah. Jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau kesibukan maka ia diizinkan.

Namun jika digunakan pencegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan oleh para ulama. Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan agar kita memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan dan suara umat Islam dalam negara ini.

Klik like kalau korang suka cerita nie

Friday, 25 May 2012

Doa Seorang Sang Suami


Doa Seorang Suami

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan-Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku d ititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untukku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi suami yang Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang soleh
Suami yang sentiasa di hati isteri
Amin, amin Ya Rabbal Allamin



Klik like kalau korang suka cerita nie

Tips Memilih Calon Isteri


Tips Memilih Calon Isteri



Apakah kriteria utama dalam pemilihan calon isteri? Pemilihan ini perlulah berlandaskan agama, bukan nafsu semata-mata. Jom ketahui ciri utama dalam mencari calon isteri.


Bagaimana Memilih Calon Isteri | Pemilihan calon isteri amat begitu penting sekali. Ramai juga tidak mengetahui bahawa, proses mendidik anak sebenarnya adalah bermula dari pencarian pasangan lagi. Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya,isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsiadan menjaga maruah suami dan sebagainya. Oleh itu, terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak. Antaranya :



1. Perempuan yang taat beragama. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup auratdan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”



2. Berketurunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam persekitaran sempurna akhlaknya Penting dalam membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami isteri.



3. Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak Nabi Muhammad S.A.W akan berbangga dengan ramai umatnya pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa. Justeru itu, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.



4. Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah akal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita. Namun apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.



5. Masih gadis atau anak dara. Rasullullah S.A.W. menggalakkan umat islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda S.A.W. kepada seorang sahabat Jabir R.A. kemersaraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.



6. Pasangan bukan daripada keluarga terdekat. Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu. Antaranya ialah untuk mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.



p/s:- Pemilihan calon isteri perlulah diteliti dengan sehalus-halusnya. Bukan terlalu cerewet, tetapi inginkan yang terbaik. Bukan tidak boleh menerima kekurangan, tetapi ingin berusaha bersama menutup kekurangan itu. Selamat mencari calon isteri 



sumber: melayukini
Klik like kalau korang suka cerita nie

Monday, 21 May 2012

Pehh, anu kena letrik meletup macam mercun ..





P.s: Nampakan meletup, aku yg tukang tengok nie pun berasa ngilu2..huu~



Klik like kalau korang suka cerita nie

Friday, 20 April 2012

Propose awek korang dengan meme.ROMANTIk beb!!

Assalamualaikum dan Hye..

Perkahwinan satu kegembiraan, tapi sebelum nak berkawin mesti melamar wanita yang kita berkenan di hati.
Jadi, aku nak share satu video yang aku rasa memang sweetlah sangat dan agak romantik.

Mungkin video nie boleh bagi korang idea macam mana korang nak melamar awek korang nnt.Jom layan video nie macam nak bro nie buat, propose awek dy dengan meme.Sure cair punyer awek korang kalau korang buat macam dia nie..ZasSS...


 

Nak tau siapa bro nie?Jangan terkejut Ok.. :)

Nama dia adalah Timothy Tiah Ewe Tiam Dia nie adalah co-founder syarikat pengikalanan internet yang terkenal di kalangan blogger iaitu Nuffnang, Majikan bagi blogger, termasuk aku..haha..Tunang dia nie bernama Audrey Ooi Feng Ling, klo tak silaplah tunang dia nie adalah seorang blogger.Jadi tuelah serba sedikit pasal video nie, nak cerita banyak2 aku pun tak tahu sangat tapi yang penting cara dia melamar tunang dia nie, memang sempoilah. Aku rasa nak buat macam dialah gak.haha..Tapi aku nak buat nanti lebih unik dan Power..

Tapi apa pun memang Gempakan..hehe..


Klik like kalau korang suka cerita nie

Cara nak Order McD paling sempoi.


Tengok dan belajar cara mamat nie order McD drive thru paling sempoi dan kalau suara korang sedap, mungkin korang boleh cuba try test, manalah tau jadi.Kalau sempoi bolehlah korang upload kat you tube, mana tau McD offer jadi iklan komersial  untuk iklan kat Malaysia Plak..hehe



P.s: Klo ada suara sedap dan idea nak bt lagu yg sempoi, apa tunggu lagi mana tau blh di komersilkan. Kita mana tau "Tuah Ayam nampak di Kaki, Tuah Manusia xda sapa yang Tahu".

Klik like kalau korang suka cerita nie

Thursday, 19 April 2012

Doa Jika RINDUKAN SESEORANG .

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : 

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. 

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....


Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..



Kredit: Jom berdakwah di FB
Klik like kalau korang suka cerita nie

Tuesday, 17 April 2012

Aksi kawan terkejut sampai terbalik dari kerusi.


Aksi kawan terkejut sampai terbalik dari kerusi.

Pernah tengok orang terkejut tak? kadang2 lucu jugak kalau dapat kenakan kawan KAW2 beb!! bila kita bergurau kenalah jugak berpada-pada, kang silap hari bulan kena serangan jantung. Kojol jawab nyer..pastikan jika nak buat jugak, kena tengok2 dulu member kita yang xda penyakit macam nie yer..hehe







P.s: Amacam? dapatlah kan korang idea nak kenakan member nanti, tapi pastikan betool2 sebelum kenakan member korang tue konformkan bahawa dya takde sakit jantung yer ::PESANAN DARI PENAJA:..haha
Klik like kalau korang suka cerita nie

Pernah tengok orang tua belasah orang muda??


. : Tengok video nie dan ambil pengajaran : .





P.s: Hormatilah orang yang lebih tua dari anda, kalau yer pun pakai kereta mahal janganlah sombong..Ingat tue, sombong tak boleh bawa pergi mati. Pesanan buat diri sendiri.
Klik like kalau korang suka cerita nie

Sunday, 15 April 2012

POLIS VS MACHA - Siapa yang menang ?



POLIS VS MACHA - Siapa yang menang ?







P.s: Korang judgelah sendiri siapa yang betul, apa pun paling penting kita kena besabar dan bertolak ansur. itu aja caranya.
Klik like kalau korang suka cerita nie

Gaduh guna pedang samurai, perr !!



Gaduh guna pedang samurai, perr !!

Dalam video nie pergaduhan melibatkan geng samseng, kemudian dileraikan oleh pihak polis tetapi ramai2 ada jugak yang kena tetak, jom kita tengok video kat bawah nie.




Klik like kalau korang suka cerita nie

Sunday, 26 February 2012

Tips dan Panduan Kerjaya Selepas SPM 2011!


Tips dan Panduan Kerjaya Selepas SPM 2011!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM 2011 khususnya. Tips dan maklumat  berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.

Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah.  Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.

Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad. Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda. Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM 2011 nanti.

Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan. Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik, minat dan komitmen anda. Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan.

Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.

Namun begitu,komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda.  Jika anda mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta cara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat. Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utama kepada diri anda sendiri.

Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana hampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian.


Jika anda memilih untuk ke institusi swasta, bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal, makanan, buku dan kegiatan lain harus juga diambil kira.

Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan SPM 2011. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan maklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!

Ingin mendapatkan buku Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2011/2012 yang terkini dan bantuan KHAS dari Cikgu Loh mengenai kerjaya?

Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com .

Ianya dapat membantu anda dalam menggapai kejayaan selepas SPM seterusnya.Insyallah..




Klik like kalau korang suka cerita nie

Panduan Pemilihan Dan Hala Tuju Kerjaya Lepasan SPM 2011


Panduan Pemilihan Dan Hala Tuju Kerjaya Lepasan SPM 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remaja lepasan SPM 2011 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri  ke pengajian yang lebih tinggi nanti.

Keputusan peperiksaan SPM 2011 akan keluar tidak lama lagi. Mesti para pelajar lepasan SPM 2011 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2011 nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi apakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM 2011 nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan diri mereka dengan maklumat-maklumat terkini dan motivasi mengenai peluang kerjaya.

Mereka juga mesti tertanya-tanya bagaimana nak memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedur permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan  apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursus pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka utamanya pelajar lepasan SPM dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM 2011 kelak.




PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Setelah menerima keputusan SPM 2011 nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Hal ini akan  memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif utama  kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursus yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar khasnya ibu bapa. Restu itu penting untuk para pelajar kerana mereka akan sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup.

Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus, risalah, majalah, buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI serta sumber-sumber yang lain.

Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang ingin diikuti? Adakah ia kejuruteraan, sains kesihatan,perubatan, perakaunan, ekonomi, pendidikan atau sebagainya? Secara umumnya jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu.

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet serta buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.
Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti.

Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM 2011 khususnya, aspek ini perlu diberikan penekanan dahulu iaitu mengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.

MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA
Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.

Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yang terdapat, tetapi saya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya.

Keputusan SPM 2011 bakal keluar dan kita akan berjumpa lagi untuk bertanya mengenai keputusan SPM pelajar-pelajar kita nanti.

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?

Dapatkan rujukannya di -->www.LepasanSPM.com . 

Buku ini saya hasilkan khas untuk membantu belia dan beliawanis negara, ibu bapa serta semua guru di luar sana!
Klik like kalau korang suka cerita nie

Thursday, 23 February 2012

10 Cara Berjaya Seperti Rakyat Jepun.


10 Cara Berjaya Seperti Rakyat Jepun.


Kita tidak perlu malu meniru bangsa lain, jikalau kita semak bersama point-point di bawah sebenarnya dalam diri bangsa sudah ada pada kita hanya pada sekarang ini tanpa kita sedari sedang tenggelam oleh keangkuhan dan dihanyutkan dengan budaya kebendaan. MALAHAN HAMPIR SEMUA AMALAN INI ADALAH AKHLAK YANG PERLU DI MILIKI OLEH ORANG iSLAM

Berikut 10 resepi maju yang patut kita contohi dari tingkahlaku orang Jepun, dan 10 point yang sudah hilang dari bangsa kita ini;

1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja yang rajin. Secara purata jam kerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja Jepun boleh dikatakan boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang. Pulang cepat adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak memalukan” di Jepun, dan menandakan bahawa pegawai tersebut termasuk “yang tidak diperlukan” oleh perniagaan. Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena Karoshi (mati kerana kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebagian besar orang lama Jepun menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh tercapai.

2. MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai, iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran. Masuk ke dunia moden, wacananya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para pejabat (menteri, politikus, dsb) yang terlibat masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Kesan negatifnya mungkin adalah pelajar yang kadang-kala membunuh diri, kerana keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak naik kelas. Kerana malu jugalah, orang Jepun lebih suka beratur daripada memotong barisan semasa beratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian ticket, masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, menaiki bas, bahkan untuk menggunakan tandas awam. Mereka beratur rapi menunggu giliran. Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.

3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam keseharian. Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan orang Jepun ramai belanja di supermarket pada sekitar jam 19:30. Ini kerana sudah menjadi perkara yang biasa bahawa supermarket di Jepun akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup. Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-rata tutup pada pukul 20:00. Contoh lain adalah para suri rumah rela menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas. Ruangan pemanas di rumah Jepun pun menggunakan minyak tanah yang berbau, padahal sudah cukup dengan Aircond yang ada mode dingin dan panas. Alasannya ternyata satu, minyak tanah lebih murah daripada elektrik. Professor Jepun juga terbiasa menaiki basikal tua ke kampus, bersaing dengan mahasiswa-mahasiswanya.

4. SETIA
Setia membuat sistem karier di sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeda dengan sistem di Amerika dan Eropa, sangat jarang orang Jepun yang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen. Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri sesuai dengan bidang (core business) perusahaan. Bandar Hofu mungkin sebuah contoh yang nyata. Hofu dulunya adalah bandar industri yang ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat. Kesetiaan penduduk untuk tetap bertahan (tidak pergi ke luar bandar) dan punya komitmen bersama untuk bekerja keras siang dan malam akhirnya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kendaraan mencapai 160,000 setahun.

5. INOVASI
Jepun bukan bangsa pembuatan, tapi orang Jepun mempunyai kelebihan dalam mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat. Menarik membaca kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman. Cassete Tape tidak ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Phillip Electronics. Tapi yang berhasil mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah produk yang meletup selama puluhan tahun adalah Akio Morita, founder dan CEO Sony pada masa itu. Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model walkman lahir dan jumlah total produksi mencapai 150 juta produk. Teknik kendaraan roda empat juga bukan diciptakan orang Jepun, patennya dimiliki orang Amerika. Tapi ternyata Jepun dengan inovasinya dapat mengembangkan industri kendaraan yang lebih cepat dan murah. Kereta yang dihasilkan juga relatif lebih murah, ringan, mudah dipandu, mudah dibaiki dan lebih jimat bahan bakar. Perusahaan Matsushita Electric yang dulu terkenal dengan sebutan “maneshita” (peniru) punya legenda sendiri dengan mesin pembuat rotinya. Inovasi dan idea dari seorang engineernya bernama Ikuko Tanaka yang berinisiatif untuk meniru teknik pembuatan roti dari cheef di Osaka International Hotel, menghasilkan karya mesin pembuat roti (home bakery) berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.

6. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi. Ketika pemulihan Meiji (meiji ishin) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis. Dalam beberapa tahun berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga keretapi laju (shinkansen) . Mungkin cukup menakjubkan bagaimana Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan hampir tersingkir dari perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi empayar ampuh terkini. Akio Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk Cassete Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi legenda dengan dengan Sony Walkmannya. Yang Cukup unik bahawa ilmu dan teori dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama shippaigaku (ilmu kegagalan).

7. BUDAYA BACA
Jangan terperanjat kalau anda datang ke Jepun dan masuk ke densha (kereta elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku atau surat khabar. Tidak peduli duduk atau berdiri, ramai yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca. Ramai penerbit yang mula membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah. Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin tinggi. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses penerjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).

8. KERJASAMA
Budaya di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik.
Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan. Kerja dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.

9. BERDIKARI
Sejak usia kecil, anak-anak dilatih untuk berdikari.Di Jepun setiap kanak-kanak dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggung jawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej hampir sebagian besar tidak meminta belanja daripada ibu bapa mereka. Mereka membuat kerja part time untuk belanja sekolah dan kehidupan sehari-hari. Kalaupun kehabisan wang, mereka “meminjam” wang kepada ibu bapa mereka yang nantinya mereka memulangkan di bulan berikutnya.

10. JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai sekarang. Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang Jepang.Sehingga zaman sekarang orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” untuk apabila mendapat tawaran dari orang lain. Pertanian merupakan tradisi dan aset penting di Jepun. Persaingan keras kerana adanya beras Thailand dan Amerika yang murah, tidak menyurutkan langkah pemerintah Jepang untuk melindungi para petaninya.
Mungkin seperti di atas 10 resepi berjaya yang dapat dirangkumkan. Bangsa Melayu mempunyai hampir semua resepi orang Jepun diatas, hanya mungkin kita belum mengasahnya dengan baik.
Kita yakin ada faktor “kesilapan teknik” yang membuatkan kita agak ketinggalan dalam teknologi dan ekonomi. Mari kita bersama mencari solusi untuk pelbagai masalah dewasa ini. Kita juga harus tetap mahu belajar dan menerima kebaikan dari siapapun, yang baik kita ikut tapi yang buruk kita hindari
Klik like kalau korang suka cerita nie

Awek tentera yang tabah, Memang real..huhu






Apew macam tabahkan awek2 nie,nampak jew comel tapi jangan cuba-cuba..bahaya beb!!
fuhh..apa pun yang aku paling kesian sekali kat atas tue gambar pertama.Kena hempuk kepala dengan botol kaca tue, memang kalau kena benjol kepala otak nie..kalau aku..haha.kompom aku tumbang beb!!..

Apa pun memang kow2 giler..

Klik like kalau korang suka cerita nie

Thursday, 9 February 2012

Lirik Aku Tak Berdaya – Indah Dewi Pertiwi | OST Anugerah

Assalamualaikum dan Hye2..

Sapa tengok Sinetron Anugerah tv9(channel tv MALAYSIA), apa pendapat korang best tak??..  (:

Untuk pengetahuan korang aku tak tengok pun cerita nie tapi yang membuatkan aku jatuh hati adalah lagu Opening cerita nie (Aku tak berdaya OST Anugerah) .

Fuhh, aku tak tipu memang sampai kew hati..Aku terbawa- bawa lagu nie dalam mimpi
punya power penangan lagu nie beb!!(Over lah sangaT ko nie!!) memandangkan aku suka lagu nie  tuelah sebab aku nak publish lagu nie kat belog aku yang comel nie!..hak3..
comel lah sangat..

Jom tanpa membuang masa mari kita layan lagu nie, mmg erMM berRR menyusuk kalbu beb!!Aduh sakit aku dibuat nyer..haha



Lirik Lagu Indah Dewi Pertiwi – Aku Tak Berdaya (Lagu Tema Anugerah)

Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi

Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu

Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu

Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta



Klik like kalau korang suka cerita nie

Wednesday, 8 February 2012

Tutorial lajukan PC yang lembab

Assalamualaikum dan Hye kawan2 semua..



Macam mana PC korang?? lembab tak?? kalau lembab, aku ada teknik nak dikongsikan dengan korang semua..
Mungkin ada dah yang tahu kot tapi takpew buat mereka yang tak tahu boleh try test yer...

OK tanpa buang masa  jom kita start ..Sedia yer..hehehe (:

Pertama apa yang korang perlu buat adalah korang click 'START' button kemudian click 'run'
lepas tu, taip regedit

tekan enter

dy akan buka REGISTERY EDITOR..
lepas tuw korang cari key ni.

HKEY_LOCAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Contr ol\ContentIndex


Kemudia kat situ, cari key yang namanyer "Startup Delay"
Lepas tue klik 2 kali kat situ...now where its base...
CLICK DECIMAL...
sekarang... default value ialah 4800000 tukar value ke 40000....

done!!

CLOSE the registery editor
then RESTART

SELAMAT MENCUBA YER!! (:

Credit yang mengajar aku: http://thermistorjalanan.blogspot.com




Klik like kalau korang suka cerita nie

Monday, 30 January 2012

Cerita Lawak Pendek

Cerita Lawak/ lucu 1: Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita Lawak/ Lucu 6: Makan
cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................



P.S: Sory yer kalau tak lawak yer, layan jew larh ... hehehe

Klik like kalau korang suka cerita nie

Sunday, 1 January 2012

Dakwah Secara Moden dari Tanah Seberang (K-pop Version).

Assalamualaikum dan Hye!!

Selamat Tahun Baru dan  Moga2 semua dah pasang azam baru 2012.Ermm Lama tak update cerita baru  blog segar dari ladang.Untuk pembaca setia, hari ini aku nak share dengan korang Revolusi cara dakwah dari tanah Seberang(Indonesia) Nasyid di revolusikan menjadi Lagu ala2 K-pop.Apa pun kumpulan nasyid malaysia kena memberikan saingan kepada kumpulan nasyid dari tanah seberang sebab mereka dah ADVANCED beb!! Kita dah ketinggalan nie, dalam merevolusi dakwah nasyid di negara kita nie.

Bagi aku ia merupakan idea yang bijak dalam mempelbagaikan dakwah dalam islam.Kalau ada diantara korang tak setuju, apa boleh buat setiap orang mempunyai pandangan berbeza. So jangan nak kutuk durang nie yer..OK

Mula-mula bila aku tengok video nie, rasa lucu ada jugak.Tapi lama2 dengar boleh tahan..hehe. Cubaan yang baik dalam revolusi hiburan dalam islam.Mereka mengelarkan diri sebagai SNSG, klo kat korea SNSD apaew orang panggil Girl Generation gitu..

Apa pun tanpa membebel panjang, Jom tengok Video klip bawah tue..





P.S : Aku rasa ia lebih sesuai di panggil J-pop(Jawa Pop)..Apa pendapat korang??..hehe


Klik like kalau korang suka cerita nie

Di mana bendera anda

free counters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews