Iklan Ini dikuasakan oleh Segar dari Ladang..

Post terbaru dari rakan-rakan guablog.com
Showing posts with label Minda Jutawan. Show all posts
Showing posts with label Minda Jutawan. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

Kesilapan yang menghasilkan ribuan dollar.

Sumber Pic:Google.com

Mungkin satu kebiasaan bagi kita apabila ingin mengejar sesuatu

impian, kita akan mendapat banyak halangan. Orang akan berkata
tidak, dan semua perkara tidak menjadi seperti yang dirancangkan.
Jangan biarkan ianya mengubah momentum dan semangat anda.

Cuba ambil contoh George Lucas. Ramai yang tidak tahu pada mulanya
George memujuk Marvel Comics untuk membuat filem tentang Flash
Gordon, dan mereka langsung tidak ambil peduli. Dan akhirnya,
setelah berkali-kali permintaannya ditolak, beliau membuat
Star Wars.

Daripada halangan tersebut, beliau mengeluarkan produk yang
menghasilkan billion US dollar, daripada filem, video games
sehinggalah kepada pakaian. Seluruh dunia tergilakan aksi Star
Wars! Inilah hasilnya selepas matlamat utamanya ditolak.

Jangan ambil hati apabila gagal. Anda mempunyai misi anda sendiri,
matlamat dan impian yang jelas. Jangan biarkan orang lain yang
menolak permintaan anda untuk melemahkan semangat anda. Anda
perlu fokus dan teruskan. Anda mempunyai sasaran dan anda mesti
capai walaupun halangan menunggu. Ingat, selepas gagal kali pertama
anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan
datang.

Apabila seseorang berkata tidak kepada anda, tanya kepada diri anda
apa yang boleh anda pelajari daripadanya. Apa perubahan yang perlu
supaya mereka berkata ya kepada anda. Anda perlu keluar dan dapatkan
maklum balas. Dari situ anda tahu mana yang boleh berhasil, apa yang
pelanggan anda mahu dan sebabnya.

"SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI
 SESUATU YANG MENAKJUBKAN!"

Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripada
kesilapan yang kita pernah buat. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Anda
perlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yang
berjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan.

Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalah
sesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlu
kalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satu
motivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda
perbaikinya. Pasukan yang menang sesuatu pertandingan tidak menang
semua perlawanan.

Dalam bisnes anda akan selalu diuji, anda anda perlu tangkas dan
berani menghadapi cabaran.

Ingat, orang yang berhenti tidak akan maju ke depan.

Klik like kalau korang suka cerita nie

Thursday, 27 October 2011

ayuh aku bongkarkan 12 prinsip jutawan yang boleh kita semua ikut..






Assalamualaikum Dan Selamat Malam..

Post malam nie mengenai prinsip jutawan,sebab apa aku post bab jutawan.Pasalkan tadi siang aku post citer ahli sukan yang jadi jutawan.Lagi satu jad Jutawan nie merupakan salah satu impian aku masa kecil yang pasti akan jadi kenyataan tak lama lagi..
hahaha..Insyallah (KENANG KU DALAM DOA MU).

Buat masa sekarang nie belum lagi jadi jutawan tetapi sedang melangkah kedunia tue..Doakan aq berjaya yer..

Cerita pasal jutawan nie aq teringat 12 prinsip jutawan yang mana boleh kita semua ikut, dan jadi guideline kepada mereka yang teringin jadi jutawan.

Olehitu tanpa membuang masa ayuh aku bongkarkan 12 prinsip jutawan yang boleh aku dan kawan-kawan ikut(Aku bukanlah Expert, Kongsi2 jer pew orang kata "sharing is caring" gitu..):

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah
pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan
dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan
untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan
jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada
matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat
dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil
wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil
insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah
atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan
jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba
untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan
bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak
atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
yang boleh.


P.s: Paling penting kalau nak jadi Jutawan mesti GHAIRAH tau, bukan Ghairah yang tue yer..

APa-apa pun aku harap korang suka perkongsian blog Segar dari Ladang






Klik like kalau korang suka cerita nie

10 Ahli Sukan Yang menjadi Jutawan .


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..

Hye apa kabar semua,pengkongsian hari nie tentang 10 invidu ahli sukan terkaya..Fuhh, asset x payah cakap memang banyak weii..

Saya kagum,dgn bersukan pun boleh jadi jutawan. Walaupun tak sekolah tinggi - tinggi tapi lebih kaya dari orang yang sekolah separuh mati nak belajar semua subjek.Klo kita buat sesuatu dengan bersungguh - sungguh pasti berjaya.Paling penting kena istiqomah atau konsisten dalam menjalankan usaha kita tue...Insyallah pasti dan pasti kita boleh berjaya..

Kata pepatah arab : من جد وجد و من زرع حصد
Maksudnyer: Siapa yang menanam dia yang menuai, siapa yang berusaha pasti berjaya..




1) Tiger Woods - RM289,173,574.74(Golf)



2)Roger Federer - RM197,349,107.33 (Tennis)

3)Phil Mickelson - RM197,006,114.50 (Golf)

4) Samuel Eto'0- RM170,000,000.00 (Football)


5) LeBron James - RM146,266,815.78 (Basketball)



6)Lionel Messi - RM140,579,997.06 (Football)



7)David Beckham - RM129,397,497.30 (Football)

8)Cristiano Ronaldo - RM127,799,997.33 (Football)



9)Manny Pacquiao - RM121,409,997.46 (Boxing)



10)Alex Rodriguez - RM118,214,997.53 (Baseball)


P.s: Kesimpulan apa pun kerjaya  kalau nak berjaya, kuncinyer satu jer jadi yang paling pakar dalam bidang kita ceburi. Insyallah memang akan berjaya.





Klik like kalau korang suka cerita nie

Di mana bendera anda

free counters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews