Assalamualaikum Dan Selamat Malam..
Post malam nie mengenai prinsip jutawan,sebab apa aku post bab jutawan.Pasalkan tadi siang aku post citer ahli sukan yang jadi jutawan.Lagi satu jad Jutawan nie merupakan salah satu impian aku masa kecil yang pasti akan jadi kenyataan tak lama lagi..
hahaha..Insyallah (KENANG KU DALAM DOA MU).
Buat masa sekarang nie belum lagi jadi jutawan tetapi sedang melangkah kedunia tue..Doakan aq berjaya yer..
Cerita pasal jutawan nie aq teringat 12 prinsip jutawan yang mana boleh kita semua ikut, dan jadi guideline kepada mereka yang teringin jadi jutawan.
Olehitu tanpa membuang masa ayuh aku bongkarkan 12 prinsip jutawan yang boleh aku dan kawan-kawan ikut(Aku bukanlah Expert, Kongsi2 jer pew orang kata "sharing is caring" gitu..):
1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah
pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan
dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan
untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan
jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada
matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.
2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.
3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat
dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil
wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.
4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil
insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah
atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan
jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.
5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba
untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.
6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan
bijak.
7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.
8. Mereka benci berbelanja.
9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.
10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.
11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak
atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.
12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
yang boleh.
P.s: Paling penting kalau nak jadi Jutawan mesti GHAIRAH tau, bukan Ghairah yang tue yer..
APa-apa pun aku harap korang suka perkongsian blog Segar dari Ladang