Iklan Ini dikuasakan oleh Segar dari Ladang..

Post terbaru dari rakan-rakan guablog.com

Friday, 28 October 2011

FILEM SPIDERMAN YANG TAK PERNAH DI TAYANGKAN DEKAT PAWAGAM!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dah tengok citer spiderman?? Rata-rata  semua dah tengokkan..hehe
tapi tahu tak ada lagi part filem nie yang tidak tayangkan..Yang penting part nie memang lawak giler..Fuhh
Jom kita tengok Filem Spiderman yang x ditayangkan mana-mana panggung wayang cuma ada kat sini ajew dan kat YOUTUBE jew tau..hehe






P.s:Memang segar dari Ladang citer nie..



Klik like kalau korang suka cerita nie

Thursday, 27 October 2011

ayuh aku bongkarkan 12 prinsip jutawan yang boleh kita semua ikut..






Assalamualaikum Dan Selamat Malam..

Post malam nie mengenai prinsip jutawan,sebab apa aku post bab jutawan.Pasalkan tadi siang aku post citer ahli sukan yang jadi jutawan.Lagi satu jad Jutawan nie merupakan salah satu impian aku masa kecil yang pasti akan jadi kenyataan tak lama lagi..
hahaha..Insyallah (KENANG KU DALAM DOA MU).

Buat masa sekarang nie belum lagi jadi jutawan tetapi sedang melangkah kedunia tue..Doakan aq berjaya yer..

Cerita pasal jutawan nie aq teringat 12 prinsip jutawan yang mana boleh kita semua ikut, dan jadi guideline kepada mereka yang teringin jadi jutawan.

Olehitu tanpa membuang masa ayuh aku bongkarkan 12 prinsip jutawan yang boleh aku dan kawan-kawan ikut(Aku bukanlah Expert, Kongsi2 jer pew orang kata "sharing is caring" gitu..):

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah
pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan
dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan
untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan
jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada
matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat
dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil
wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil
insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah
atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan
jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba
untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan
bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak
atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
yang boleh.


P.s: Paling penting kalau nak jadi Jutawan mesti GHAIRAH tau, bukan Ghairah yang tue yer..

APa-apa pun aku harap korang suka perkongsian blog Segar dari Ladang






Klik like kalau korang suka cerita nie

10 Ahli Sukan Yang menjadi Jutawan .


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..

Hye apa kabar semua,pengkongsian hari nie tentang 10 invidu ahli sukan terkaya..Fuhh, asset x payah cakap memang banyak weii..

Saya kagum,dgn bersukan pun boleh jadi jutawan. Walaupun tak sekolah tinggi - tinggi tapi lebih kaya dari orang yang sekolah separuh mati nak belajar semua subjek.Klo kita buat sesuatu dengan bersungguh - sungguh pasti berjaya.Paling penting kena istiqomah atau konsisten dalam menjalankan usaha kita tue...Insyallah pasti dan pasti kita boleh berjaya..

Kata pepatah arab : Ù…Ù† جد وجد Ùˆ من زرع حصد
Maksudnyer: Siapa yang menanam dia yang menuai, siapa yang berusaha pasti berjaya..




1) Tiger Woods - RM289,173,574.74(Golf)



2)Roger Federer - RM197,349,107.33 (Tennis)

3)Phil Mickelson - RM197,006,114.50 (Golf)

4) Samuel Eto'0- RM170,000,000.00 (Football)


5) LeBron James - RM146,266,815.78 (Basketball)



6)Lionel Messi - RM140,579,997.06 (Football)



7)David Beckham - RM129,397,497.30 (Football)

8)Cristiano Ronaldo - RM127,799,997.33 (Football)



9)Manny Pacquiao - RM121,409,997.46 (Boxing)



10)Alex Rodriguez - RM118,214,997.53 (Baseball)


P.s: Kesimpulan apa pun kerjaya  kalau nak berjaya, kuncinyer satu jer jadi yang paling pakar dalam bidang kita ceburi. Insyallah memang akan berjaya.





Klik like kalau korang suka cerita nie

Wednesday, 26 October 2011

Doa Seorang Isteri


Doa Seorang Isteri


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmat-Mu

Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujian-Mu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..




Klik like kalau korang suka cerita nie

Tuesday, 25 October 2011

Kisah Benar:: kisah pengemis jadi jutawan sebab Internet


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..Perkongsian hari nie adalah mengenai apa2 boleh berlaku dengan izin allah.Cerita nie adalah cerita realiti yang berlaku pada seorang pengemis yang jadi jutawaan. Pepatah melayu ada menyebut "Tuah di Ayam Nampak di Kaki tetapi Tuah Manusia tiada yang Tahu".

PAKAIAN Cheng Guorong semasa berkeliaran di jalan-jalan Ningbo, China kini menjadi fesyen selepas gambarnya disiarkan di Internet pada Januari lalu.

NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.

Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.

Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.

Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.

Pengajaran : Jangan memandang hina atau mencaci pada pengemis sebab kita tak tahu apa nasib masa depan



Anda berminat untuk belajar menjana wang di internet??? Klik sini untuk belajar dari Otai



Klik like kalau korang suka cerita nie

Sunday, 23 October 2011

Popeye Di Dunia Realiti


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..Cerita hari nie pasal Popeye, dulu masa aku  kecik2 memang kartun nie pabret akulah. Biarlah sepuluh kali citer yang sama kena tayang tetap nak tengok gak..haha(citer Zaman Muda2 dulu).

Kalau tanya budak2 zaman aku kecik dulu, mesti durang jawab nak jadi kuat macam Popeye, pengaruh kartun nie memang kuat.Dengan aksi dia  makan bayam terus mempunyai tenaga luarbiasa tue buat keterujaan aku bertambah..haha ..semangat giler tengok popeye tapi hari nie memang ada Popeye betool,  muka pun sebijik dah macam Popeye..Nak tau macam mana muka Popeye betool jom kita tengok kat bawah..



BOGOTA - Seorang pekerja pembersihan, William Chavarriaga meraikan ulang tahun yang ke-30 menghiburkan penumpang lapangan terbang dan rakan-rakannya dengan membuat mimik muka dan lagak seperti watak kartun popular, Popeye.
Chavarriaga menghiburkan penumpang-penumpang dan rakan-rakannya di Lapangan Terbang Olaya Herrera di Medellin, Colombia.

Menurutnya, dia akan terus menghiburkan para penumpang dan orang ramai kerana suka dengan perhatian yang diberikan kepadanya.

Chavarriaga yang berumur 49 tahun akan menghisap paip dan menunjukkan penumbuknya selain memiliki tubuhnya yang sasa.




Klik like kalau korang suka cerita nie

PELIK:Senarai Undang - Undang Pelik Seluruh Dunia



PELIK:Senarai Undang - Undang Pelik Seluruh Dunia[Memang Pelik]

Banyak perkara yang agak pelik berlaku di alam nyata. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataan

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.


AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
* Dilarang memelihara **** di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA
ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.

CONNECTICUT :
* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.

FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA :
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang



Sumber: http://kisah69.blogspot.com
Klik like kalau korang suka cerita nie

Akibat hilang selera makan awek nie seperti rangka hidup..




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..Hari ini kita nak bercerita pasal kesihatan,aku bukan Doktor cuma blogger kecil-kecilan aje yang ingin menyampaikan informasi ajew..

Kalau korang tengok kat atas tue, memang mengerunkan wajah awek tue.Tahu tak kenapa dia boleh jadi macam tue??Sebab dia mengidap penyakit Anoreksia tau hilang selera makan.Jadi untuk mendapatkan informasi yang tepat aku telah google untuk mencari info yang segar dari ladang bagi yang intrest nak baca pasal post kat blog aku nie.Hasil pencarian aku tue,terjumpalah tentang artikel pasal anorseksia.Kalau nak  tahu lebih lanjut baca artikel kat bawah nie.

Anoreksia adalah gangguan makan yang ditandai oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurang sampai ke tingkat yang membahayakan.

Para penderita anoreksia sedemikian suksesnya dalam mengurangi berat badannya hingga membahayakan keselamatan jiwanya.Anoreksia ditandai oleh ketakutan yang tidak wajar terhadap kemungkinan mengalami kenaikan berat badan dan kehilangan kemampuan mengontrol makan. Para penderita anoreksia bangga akan diet dan kontrol ekstra keras yang dilakukannya.

Ciri ciri Anoreksia Nervosa meliputi :

* Tidak mau mempertahankan berat badan pada level normal atau sedikit di atas normal
* Ketakutan bahwa berat badan akan naik
* Menganggap berat badannya sudah ideal
* tidak mengalami menstruasi.

Meskipun berkurangnya berat badan adalah ciri yang paling jelas terlihat pada anoreksia nervosa, tetapi sesungguhnya hal itu bukan inti gangguannya. Banyak orang kehilangan berat badan akibat kondisi medis tertentu, tetapi penderita anoreksia memiliki ketakutan yang intens terhadap obesitas dan berusaha keras untuk menjadi kurus.

Gangguan ini paling sering muncul pada remaja yang memang kegemukan atau mempersepsi bahwa dirinya terlalu gemuk. Ia lalu mulai berdiet keras, yang terus membua dia sampai ke titik di mana ia terjebak secara obsesif untuk menjadi kurus.

Olah raga berat, yang nyaris seperti menghukum diri sendiri, juga lazim dilakukan. Berkurangnya berat badan secara dramatis diperoleh dengan membatasi asupan kalori.

Seorang penderita anoreksia tidak pernah puas dengan penurunan berat badannya. Berat badan yang tetap antara hari ini dan keesokan harinya atau setiap penambahan berat badan dapat mengakibatkan kepanikan, kecemasan dan depresi.

Ketika memandangi tubuhnya di cermin, ia melihat sosok yang sangat berbeda dengan apa yang dilihat oleh orang lain. Orang lain melihatnya sebagai gadis yang kurus kering dan lemah, seperti seorang penderita kelaparan, sedang yang bersangkutan melihatnya sebagai gadis yang perlu mengurangi berat badannya…

Biasanya mereka pintar memilih ucapan yang ingin di dengar orang lain. Mereka mungkin mengatakan setuju bahwa berat badannya memang kurang dan perlu menambah, tetapi sesungguhnya ia tidak mempercayainya.

Mungkin untuk menunjukkan bahwa dirinya mampu mengontrol makanannya, sebagian penderita anoreksia menunjukkan minat yang besar pada masak memasak dan makanan. Sebagian menjadi juru masak yang handal, yang menyiapkan makanan untuk seluruh keluarganya. Sebagian lainnya menimbun makanan di kamarnya dan memandanginya dari waktu ke waktu.

Tanda dan gejala medis anoreksia lainnya termasuk kulit kering, rambut dan kuku yang rapuh dan sensitif terhadap dingin.




P.s : Pesanan buat mereka yang berdiet secara tidak sihat, korang kena hati-hati jangan sampai mcm nie..bersyukur dengan apa yang ada, lagi satu kena ikut panduan dan nasihat pakar.Jangan kerana ingin slim korang menyeksa diri. Itu zalim pada diri sendiri.

Awek nie memang tak dapat rawatan  segar dari ladang 

~Waallahualam~


Klik like kalau korang suka cerita nie

Saturday, 22 October 2011

Mahu cepat popular

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..

Hye selamat pagi malaysia..Cuaca hari nie memang cukup baik.
Apa orang kata memang segar dari ladangkan..haha
Pagi nie aku membuka satu surat kabar no1 kat malaysia harian metro.Cerita hari nie memang mengejutkan budak sekolah dah pandai buat benda macam nie, apalah nak jadi dengan bangsa kita dah hilang tatasusila dan kesopanan bangsa DAN YANG PALING PENTING NILAI AGAMA DI PIJAK,hilang jati diri..Itu yang aku tak dapat nak terima,aku bukanlah naktunjuk alim dalam nie tapi tuelah hakikat yang kita lupa , merendahkan martabat diri,bangsa dan agama..
Astagfirullahalazim..

Agak panas bila baca cerita nie..Kalau nak tahu apa cerita pasal budak nie,baca lebih lanjut kat bawah..


Mahu cepat popular
Oleh HADZLAN HASSAN dan NURUL HUSNA MAHMUD

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.


Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.


“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

“Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi,” katanya kepada Metro Ahad.



P.s:Bila kita hilang rasa malu buat dosa pada ALLAH, makna kita lupa kenapa kita dicipta..
(Apa2 pun Citer nie Memang Segar dari Ladang)..Copy dari newspaper no1 malaysia.


Klik like kalau korang suka cerita nie

Friday, 21 October 2011

Girls' Generation musuhi Wonder Girls? Betul ke..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Hye,apa kabar semua.. Sihat kew?

Moga2 kita semua di berikan kesihatan yang berkekalan..Aminn

Korang minat tak dengan k-pop atau korea pop??kalau korang nie peminat k-pop tegar mesti kenal  dengan dua group nie wonder girl dan girl generation. Dengar kabar mereka nie bersaing sedang bersaing untuk market amerika, mcm tuelh cerita.Timbulah spekulasi yang mereka nie saling bermusuh..Kalau nak tahu cerita lebih lanjut boleh baca cerita selanjutnya kat bawah nie..





Girls' Generation musuhi Wonder Girls?
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

2 kumpulan wanita berpengaruh Korea saling bersaing menjuarai hati peminat di Amerika Syarikat 

BIBIT persaingan antara Wonder Girls dan kumpulan yang sedang mencuba nasib untuk mencipta pengaruh di Amerika Syarikat (AS), Girls' Generation semakin ketara menjelang siri promosi album terbaru mereka yang dijadualkan bermula bulan depan. Sebelum ini, Wonder Girls dan Girls’ Generation atau juga dikenali dengan akronim, SNSD di luar Korea sering beralah daripada bersaing secara depan.
Persaingan antara dua kumpulan itu meraih perhatian media yang teruja mencongak grup mana bakal menyerlah turut dibumbui pelbagai kenyataan provokasi yang meresahkan peminat. Perselisihan tercetus apabila penerbit AS, Teddy Riley yang mengagumi bakat SNSD mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman menyebabkan penggemar Wonder Girls tersinggung.
Riley yang terbabit dalam promosi album terbaru SNSD, The Boys di AS menerusi iTunes menulis pada laman Twitter ,dia yakin potensi kumpulan itu untuk menyerlah lebih cerah berbanding Wonder Girls. 

“Usah terlalu bimbang kerana SNSD akan lebih diterima berbanding Wonder Girls,” komen Riley yang menyebabkan peminat segelintir peminat kumpulan yang popular dengan lagu Nobody itu berang. 

Riley membangkitkan lagi kemarahan peminat apabila memanjangkan satu komen yang menyatakan Wonder Girls gagal di AS dan tiada siapa mempedulikan kehadiran mereka. Tindakan Riley itu diselar peminat yang memohonnya supaya lebih matang dan profesional dalam memberikan kenyataan supaya tidak menjatuhkan orang lain. 

Desakan peminat memaksa Riley mengalah dan memohon maaf kepada Wonder Girls dan Park Jin-Young kerana mencetuskan kontroversi tanpa sengaja. 
“Saya silap dan memohon maaf tetapi ini adalah satu persaingan. Mari mulakan permainan ini,” kata Riley yang seterusnya menyekat peminat daripada mengikuti akaun peribadinya. 

Riley menambah, manusia sering menjatuhkan sesama sendiri apabila membabitkan perkara negatif tetapi melupakan orang itu apabila mereka memohon maaf dan mengakui kesilapan. 

“Mereka akan mencari alasan untuk menghukum dan mengkritik tetapi tidak memaafkan. Itu salah dan saya tidak mahu mempedulikannya lagi. Saya memohon maaf kepada Wonder Girls tetapi jangan ganggu saya lagi atau saya akan membuang anda daripada terus menulis ke akaun peribadi saya,” katanya memberi amaran kepada peminat. 

Riley juga menjelaskan, edaran album The Boys yang sepatutnya dipasarkan 5 Oktober lalu ditangguh kerana mereka mahu memastikan perjalanan produksi itu lancar dan SNSD bersedia memulakan cabaran besar di AS. 

“Ada rencana besar sedang menanti dan kami akan pastikan SNSD meraih kejayaan nanti,” katanya sambil berharap pengurusan SM Entertainment tidak terlalu gusar kerana mereka berusaha keras memastikan nama SNSD tetap gah di sana. 

“Lagu mereka sedang mendapat perhatian dan ia antara sebab mengapa kami menganjakkan tarikh edaran album itu. Kita mendapat tenaga produksi terbaik untuk album ini, begitu juga penyanyi undangan. Usah terlalu negatif kerana mereka akan berjaya. Serahkan saja kepada Tuhan,” katanya. 

Gee lagu paling lama di Music Bank 

WONDER Girls mencipta sejarah sebagai kumpulan Korea pertama menembusi pasaran AS pada 2009 menerusi single, Nobody versi Inggeris yang memasuki carta Billboard Hot 100 pada tangga ke-76. Populariti luar biasa diterima Wonder Girls membawa kumpulan itu memperluaskan empayar di AS. Sejak satu setengah tahun lalu, aktiviti seni mereka lebih tertumpu di bumi Uncle Sam itu. 

Kali terakhir Wonder Girls mengeluarkan single adalah pada Mei tahun lalu dengan Two Different Tears. Justeru, kepulangan mereka begitu dinanti selepas lama tidak beraksi di negara sendiri. Wonder Girls kembali ke Korea pada 9 Oktober lalu untuk memulakan proses rakaman album terbaru. Terdahulu, mereka menyempurnakan penggambaran filem, Wonder Girls At The Apollo sebagai bintang utama. 

Kekosongan yang lama ditinggalkan Wonder Girls itu diisi SNSD yang dibarisi Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona dan Seohyun untuk membina pengaruh mereka di negara sendiri. SNSD mula diperkenalkan pada 2007 namun mendaki puncak populariti pada 2009 selepas single, Gee mencipta sejarah tersendiri. 

Gee memegang rekod lagu paling lama diputarkan di Music Bank, saluran KBS selain menduduki tangga pertama selama sembilan bulan berurut-turut. Populariti luar biasa lagu itu mendorong laman muzik popular Korea, Melon menamakan Gee sebagai lagu terbaik alaf ini. 

Biarpun siri promosi hanya akan bermula pada November ini, SNSD berupaya menarik sedikit nafas lega kerana trailer album, The Boys yang dipromosikan menerusi laman You Tube rasmi SM Entertainment ditonton jutaan peminat dalam masa beberapa hari. Petanda awal itu membuktikan kekuatan pengaruh kumpulan sembilan gadis itu, apatah lagi SNSD menawarkan konsep segar dalam album terbaru mereka. 

Ia memberi cabaran kepada Wonder Girls kerana populariti kumpulan itu sedikit merosot apabila terlalu menumpukan aktiviti di luar negara. 

Selain album, The Boys yang diedarkan serentak di Korea dan seluruh dunia secara talian pada 19 Oktober lalu, muzik video lagu itu turut dilancarkan menerusi saluran YouTube dan Facebook pada hari yang sama. Album itu akan dilancarkan di AS pada November ini menerusi Interscope Records yang menaungi nama popular seperti The Black Eyed Peas, Eminem, Far East Movement, Lady Gaga dan Gwen Stefani. 



P.S : Memang Segar Dari Ladanglh Awek-awek nie, tuelah cepat popularkan.



Klik like kalau korang suka cerita nie

Baju dari kondom yang menjadi kegilaan dekat torronto!

Baju dari kondom yang menjadi kegilaan dekat torronto!







P.s:kalau jadi special gift kat gurlfrendz memang korang kena terajang,Cayalah..cubalah try memang kena punye!!

Memang segar dari ladanglah idea dy nie kan..haha 



Klik like kalau korang suka cerita nie

Aksi musim banjir yg mungkin boleh anda tiru.

P.s:Jangan nak cuba2 tiru aksi nie, kang ade buaya baru padan muka..Memang segar dari ladang ko nie..
Klik like kalau korang suka cerita nie

Thursday, 20 October 2011

Kisah Ibu itik yang kehilangan anaknya..Mmg kesian.

Ini adalah kisah ibu itik yg kehilangan anak .. Jom kita saksikan bagaimana ia berlaku..



P.s :Kesiankan ibu itik,memang segar dari ladang ko nie itik,bole2 x perasaan anak hilang..haha


Klik like kalau korang suka cerita nie

Ajaib :: Ibu bayi duyung seorang manusia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Hari ini nak kongsi cerita pasal baby duyung..Perkara nie berlaku kat Indonesia,artikel nie aku ambik dari harian metro.tajuk dy lain dari kat berita, klo kat newspaper(bayi duyung) aq tambah sikit jew..haha...Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal baby duyung nie,boleh baca berita penuh kat bawah nie..

Sumber Gambar: myMetro.com

MAUMERE (Indonesia): Seorang wanita, Maria Elizabeth dari Kampung Garam, Daerah Kota Uneng di Wilayah Sikka, kelmarin, melahirkan seorang anak perempuan yang mempunyai kaki seperti ikan duyung.

Bayi yang diberi nama Maria Oktaviani itu meninggal dunia pada jam 5 petang hari yang sama.

Menurut Maria, ketika usia kandungannya masuk tiga bulan, dia bermimpi seekor ikan duyung datang kepadanya.

Dalam mimpi itu, ikan duyung itu berjanji kandungan Maria akan membawa rezeki yang melimpah untuk keluarganya dengan beberapa syarat.

Yang pertama, Maria mesti menamakan anaknya itu Puteri Duyung.

Kedua, setelah dilahirkan, bayi itu mesti disimpan di dalam bekas. Manakala syarat ketiga, Maria tidak boleh menceritakan perjanjian mereka kepada sesiapa pun.

Kata Maria, sekiranya syarat itu dilanggar, seorang daripada anggota keluarganya akan menjadi korban.

Menurut Maria, dalam mimpi itu, dia telah menolak permintaan untuk menamakan anaknya Puteri Duyung.

“Dalam mimpi itu, kami bertengkar di tepi pantai. Dia meminta saya menamakan anak saya Puteri Duyung tetapi saya menolak. Saya kata dia ikan dan kami manusia,” cerita Maria.

Menurut Maria, dia telah menceritakan mimpinya itu kepada suaminya kerana ketakutan.

Mereka juga telah sepakat untuk menamakan anak mereka ‘Maria Oktaviani’ sekiranya bayi perempuan dan ‘Mario Oktaviano’ sekiranya bayi lelaki.

Cerita Maria lagi, ikan duyung itu cuba untuk menyakinkan dia supaya tidak takut dan berkata bahawa anak dalam kandungannya itu akan membawa rezeki untuk mereka sekeluarga. - Agensi


Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Bayiduyung/Article
Klik like kalau korang suka cerita nie

Ekspresi wajah seorang akak diselamatkan abg askar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..


P.s: wajah akak nie memang segar dari ladang lah..

Klik like kalau korang suka cerita nie

Filem Real Steel Memang Super Power..




Assalamualaikum & hye korang semua..Headline hari ini pasal Filem REAL STEEL,

Wah korang dah tengok preview filem tue,Power giler cakap ma lu..Bila tengok triler dy, meremang bulu dada ku ..haha..lawak jew yer..

Filem Real Steel berkisarkan latar masa Tahun 2020(Wow canggihnyer zaman nie).. Cerita nie mengisahkan seorang bekas tinju yang terpaksa berhenti daripada peninju kerana sukan tinju telah diambil alih oleh robot ..
Robot peninju yang dikawal oleh Charlie lakonan Hugh Jackman selalu kalah dan disebabkan itu dia banyak berhutang(Macam sabung ayamlah) kalah kena bayar.Sehinggalah anaknya Max, lakonan Dakota Gayo, muncul dalam hidupnya setelah bekas isterinya meninggal dan sebagai bapa yang bertanggungjawab dia kene jaga anaknya itu si Max...

Nak dijadikan cerita setelah robot-robot peninju yang dikawal oleh ayahnya selalu kalah, Max dan Charlie pergi ke tempat sisa pembuangan sampah untuk mencari spare part bagi robot Charlie...

Disaat  itulah, Max telah terjumpa sebijik robot lama yang tertimbus di dalam tanah dan membawa balik robot itu..Nama robot tue Atom. Apa yang  speshel pasal si atom nie adalah dia sebuah robot lama yang boleh dikawal dengan teknik bayangan (bukan teknik ninja  narotu yerR..haha)... Dengan gabungan Max (kaki game) dan Charlie (bekas peninju), mereka mampu menewaskan segala musuh yang ada dalam setiap tournament haram dan telah dijemput untuk masuk ke perlawan liga-liga tinju antara robot yang dipanggil "REAL STEEL"(DASYATKAN)...

Mampukah Atom menewaskan robot-robot yang lain di dalam liga itu????Kalau korang tanya pun, aku akan jawab tak tahu sebab aku sendiri pun tak tengok lagi..haha.

Untuk citer nie,kalau tengok preview tue aku bagi 9/10 bab triler dy memang dasyat..Memang segar dari ladang Citer nie, rugi tak tengok..

Cerita nie dah main kat panggung wayang, pada 14 oktober hari tue.Apa pun jom kita tengok preview filem..


P/s:Segar Dari Ladangkan..hehe


Klik like kalau korang suka cerita nie

Wednesday, 19 October 2011

Tebus talak demi kekasih

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi ...

Pagi ini entri blog nie agak pelik, terkejut dengan tajuk berita tersebut aQ terus publish  cerita keratan akbar nie.Apa2 pun admin malaz nak komen sepatah dua kata. Korang pikirlah sendiri yer,boleh baca berita penuh kat bawah..


Tebus talak demi kekasih
Oleh Nazarali Saeril

JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.

Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.

Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.

Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.

“Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama.

Selebihnya boleh baca dekat surat khabar metro hari ini..

Klik like kalau korang suka cerita nie

10 perkara bukti lelaki itu rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar 


Klik like kalau korang suka cerita nie

Tuesday, 18 October 2011

Pre-Launch my New BloG..haha

Salam and Hye2 kepada kwn2..

Syukur ke Hadrat Allah kerana Memberi Kesempatan Untuk aq Menulis bloG nie..
Nie adalah POS aQ yg juluNg2 Kali nyer yang Aq pOst kat sni..1st lh WeIIii...XcITED lh..hehe

Blog baru aq ini akan terkandung pelbaGai inforMasi  terkIni(IkT keRaJinaN)..Insyallah..
Dalam Masa terdeKat blOg iNi akan BerOperasI..

Blog aQ nie AdalAH antAra  uSaha aQ nak MemECah ReKod SenDri.. Dan cRa mEngHabiskN maSa LapanG yg eFektif(efektiflah sangat)..haha

DaLam bloG AQ niE nnT bYk BenDa yg beRfaedaH yG aQ nK iSi..
hAraP koRang Akn meMberikn sokoNgan kat aq pa yang cUba bt nie....

Kloo ad kekurangaN dan teguRan dari MemBer2 atau PemBaca BloG aQ nnT,
aQ aMatlah aq hargaI sangaT2..pa Org kaTa aQ nie iBaraT bdk baRu belajr2 nK maiN bloG ..

jD teGuran itu Amat LaH penting sAngaT2..klO adA keSilpan bg tahU aq terUs..
"kalAU x bESt kasI taHu saya tP klO besT kasi Tahu kWn2.." ayt aq petik kat kedai mamak..hehe

so sAmpai sNi sja kaTa2 alUan aq bAgi pelAncaran BlOg aq nie..and laGi satu


DOAKAN KEJAYAAN AQ DUNIA DAN AKHIRAT YERrr!!

...AMINN...


















Klik like kalau korang suka cerita nie

Di mana bendera anda

free counters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews