Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..
Hye selamat pagi malaysia..Cuaca hari nie memang cukup baik.
Apa orang kata memang segar dari ladangkan..haha
Pagi nie aku membuka satu surat kabar no1 kat malaysia harian metro.Cerita hari nie memang mengejutkan budak sekolah dah pandai buat benda macam nie, apalah nak jadi dengan bangsa kita dah hilang tatasusila dan kesopanan bangsa DAN YANG PALING PENTING NILAI AGAMA DI PIJAK,hilang jati diri..Itu yang aku tak dapat nak terima,aku bukanlah naktunjuk alim dalam nie tapi tuelah hakikat yang kita lupa , merendahkan martabat diri,bangsa dan agama..
Astagfirullahalazim..
Agak panas bila baca cerita nie..Kalau nak tahu apa cerita pasal budak nie,baca lebih lanjut kat bawah..
Mahu cepat popular
Oleh HADZLAN HASSAN dan NURUL HUSNA MAHMUD
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.
Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.
Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.
Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.
Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.
“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.
“Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi,” katanya kepada Metro Ahad.
P.s:Bila kita hilang rasa malu buat dosa pada ALLAH, makna kita lupa kenapa kita dicipta..
(Apa2 pun Citer nie Memang Segar dari Ladang)..Copy dari newspaper no1 malaysia.
Sumber : http://www.hmetro.com.my